U Mobile Sdn. Bhd. (223969-U)
Lot 11.01, Level 11, East, Berjaya Times Square,
1, Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Saya dengan ini mengisytihar dan mengesahkan perkara-perkara berikut:
- Saya bersetuju untuk melanggan Perkhidmatan yang disediakan oleh U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile),
- Saya bersetuju untuk membenarkan U Mobile menjalankan semua pemeriksaan yang diperlukan bagi menentukan kelayakan saya sebagai sebahagian daripada proses permohonan untuk Perkhidmatan,
- Maklumat yang diberikan adalah benar dan lengkap,
- Saya telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan termasuk sebarang pindaan yang dibuat atau akan dibuat ke atasnya dan jika berkenaan, sebarang terma dan syarat tambahan dalam risalah maklumat produk U Mobile, promosi dan laman web,
- Saya akan bertanggungjawab ke atas semua kos, caj, atau perbelanjaan yang berkenaan jika saya memilih untuk menerima mana-mana Perkhidmatan,
- Saya telah memberikan persetujuan saya untuk U Mobile mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi saya untuk tujuan yang diperlukan atau berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan oleh U Mobile mengikut Notis Privasi U Mobile
(https://www.u.com.my/en/personal/support/terms-conditions/others/privacy-notice).
Tarikh Kemas Kini: 29 November 2023